Sunday, April 26, 2009

Sengal Sengal badan lah, apasal ek?

ohhh, tetiba jaaa rasa sengal sengal badan, rasa macam tak larat nak bergerak, sengall jaa rasa, patut laa sengal, gaji dah masuk, kena pegi massage nieh, tak boleh jadi nieh, ngeh ngeh ngeh.
apa lagi, aku dengan wife pun tanpa membuang masa memulakan perjalanan dengan tenang menuju ke sempadan bukit kayu hitam, bukan lah membeli belah, cuma pergi massage dan makan makan.

bulan ni tak bleh berbelanja sangat, kena simpan duit bayar extra duit rumah, tetiba jaa bulan ni kena bayo duit rumah plak, pastu simpan duit pegi bali plak, iskh, banyak benda betul kena buat, duit pulak tak banyak, camno ni,

tapi apa apa pun, letak tepi dulu masalah masalah dunia tu, yang penting, pegi massage dulu, baru laa boleh ringan kan badan, tenangkan otak ni, heh heh.

dah lama aku pegi massage dekat depan hotel oliver kat danok, so this time, aku nak tukar tempat pulak, malas dah makcik tua jaa yang massage aku, rasa geli pun ada jugak, kesian pun ada jugak, yer lahh, tak daya makcik tua tu nak pusing aku kiri kanan, maklumlaa, badan aku ni bukan laa gemuk, cuma over besar jaa, ngeh ngeh ngeh

so, aku pegi ke tempat hotel satit, kat dalam tu kat 2nd level ada thai ancient massage. masuk masuk dalam tu, takda apa sangat, nampak amoi amoi siam bersidai, tunggu pelanggan nak diurut. pegi kat counter, tanya harga, rm24 untuk dua jam, kira ok laa tu, harga stendet, aku pun tanpa membuang masa, bawak wife masuk bilik, bersedia untuk diurut, sebelum tu, aku singgah toilet dulu, buang apa yang patut, dan aku nampak, sink dia unik sikit, bentuk biasa saja, tapi unik,


sink tak laa cantik sangat, tapi unik

so, aku pun masuk laaa ke dalam bilik, normal, ada tiga tilam,

ini laa keadaan tilam (gambar tilam ni selepas aku guna, untuk urut laa, bukan benda lain)


ada aircond dan tv LCD 32"

kat dalam room tu pun, siap ada aircond, biasa la ada aircond, dan ada tv, bukan main main punya tv cokia kat rumah aku tu, ni tv lcd 32", kira ok laa tu, hebat laa kira, hehe. ada banyak rancangan, aku tekan tekan tekan, ada 2 chanel tak senonoh, terkejut beruk jugak aku dengan wife aku, massage pun ada gambo camtu, haiii, lingkup lingkup. tapi yang paling bestnya, ini lah first time aku layan bola @ ESPN sambil ada orang massage aku, reaksi aku, aku sokong fav team aku pun sebelah mata jaaa, sebab dia punya syok tu dah lari pegi kat massage, haha, memang rileks abeh aku layan bola, team opponent score pun aku boleh senyum jaa, ya yaa, takpaa, score laa lagi aku kata lam ati, macam tak kisah jaa, haha


so, dah tukar baju, depa pun start urut urut, aku pun sembang laa menggunakan bahasa isyarat macam ayam bercakap dengan itik, dia tak paham aku cakap, aku lagi laa tak paham apa dia cakap, aku cakap siam, depa kata tak paham, aku cakap hokkien, depa kata tak paham, rupanya depa ni orang china, berasal dari yunan, patut laa depa tak paham, kacauu kacau, dia tau mandarin jaa, aku cakap dia, " wa pu she tau!"



ni amoi yang massage aku, badan sedap, muka comey, tapi dia kata dia camera shy, takleh nak snap gambo dia.


ni amoi yang massage wife aku, muka biasa jaa, tapi wife aku cakap body power, tangan dia keras macam kayu, kuat betul dia

selepas 2 jam diurut, dan 4-5 kali aku tertido dan terjaga, selesai laa sesi urutan, dan aku rasa, tempat ni memang best untuk massage, kerana?

1- bilik dia ada TV LCD siap dengan 2 channel extra hebat! hehe
2- Teknik urutan dia lebih hebat dari hotel oliver
3- amoi dia muda muda dan lebih cantik
4- layanan lebih mesra
5- harga stendet, rm24 untuk 2 jam

so, i'll be back guys!


bye bye amoi, i'll be back!

dah abeh massage, macam biasa, pusing pusing cari makan, tapi tekak tak berapa nak selera nak makan tomyam, rasa jemu pun ada jugak, so aku cari satu lagi makanan fav aku kat sini, iaitu mee celup, memang sedap rasanya, confirm!

Mee Celup yang menjadi favourite aku


Gambar close up, mee celup ni, ada potongan daging dan meatball, yang confirm halal, dan, kalau makan mee celup ni dengan Cabai Jeruk, memang terangkat

bak kata pepatah, perut kenyang suka hati, selepas makan, wife aku dengan girangnya pusing pusing tengok baju dan kasut untuk shopping, la la la la

stall jual kasut

stall jual baju

dikesempatan itu, sempat laa jugak membeli sebarang dua benda, wife aku beli beg dan baju, aku beli kasut dan seluaq jeans, itu saja laa


beg wife aku beli, aku kata tak elok, dia kata elok, dia kata dengan tokey tokey jual beg tu pun elok, hmmm, pompuan, kalau dah shopping, benda huduh pun kata elok, alahai

kasut aku beli, aku suka kasut tarak belakang tu, senang sikit aku nak bukak kasut, macam pakai sandle,

sebelum balik, pusing pusing jalan jalan cuci mata, lalu kat satu kedai nampak banner baik punya, sexy show in dannok, masuk percuma, fuhh, masuk pun percuma, menarik nieh, hahaha, tapi aku tak masuk laa aku tengok saja


banner ni laa, hehe, awek comey ni


sebelum balik, terjumpa buah durian, beli sebungkus, makan tepi jalan, memang best, lama tak rasa buah durian,

rasa sedih pulak nak keluaq dari siam, rasa tak sabaq nak pi pulak bulan depan, hihi,




2 comments:

Armetz said...

bila nak p lagi?? aku nak p gak...cam best jaaa...

My Reality and Fantasy Journey said...

jom jom, setakat danok anytime boleh pi, sebab ang blanja, ngeh ngeh ngeh