Monday, April 6, 2009

Politik ohhh Politik - siapa akan menang?

aaa, arini nak cerita sikit laa pasal politik, walaupun tak suka sangat laa cerita politik ni. politik ni baik, benda biasa, tetapi masalahnya sesetengah orang didalam politik ni yang buatkan politik ni menjadi busuk dan hanyir (hanyir macam ikan buntal tuh!). apapun, cerita pasai politik ni, ada laaa pakcik makcik dok tanya aku sapa yang nak menang pilihanraya kecik besok dekat DUA BuKIT Dan SATU BATANG!, senang jaa aku jawab, dengan selamba aku kata BN dapat SATU BATANG opposition Dapat DUA BUKIT, terlopong pakcik pakcik tu tengok aku jawab, yang nak tampar aku pun mungkin ada, hehe, aku cakap, banyak fakta fakta yang menunjukkan ramalan akan berlaku macam tu, tapi, benda yang sebenar benarnya menang dan kalah, kita kena tunggu besok ajelah, takat nak buat ramalan, belum tentu betul, dah nama pun ramalan, apodaaa

fakta yang membuatkan aku buat ramalan begitu adalah-

Bukit selambau ni kira berat jugak laa, actually orang bukit selambau memang tamau sokong BN sejak lama dahulu kerana BN meletakkan calon dari bukan melayu, untuk pengetahuan anda 50% bukit selambau adalah melayu, 25% adalah india, selebihnya campor campor, so, orang melayu tak boleh terima laaa hakikat ini, so, dalam pilihanraya yang lepas, kerajaan telah beri alasan untuk bertukar kepada opposition, but anyway, opposition juga telah buat silap sebab letak calon yang entah apa apa yang membuatkan orang opposition berpecah belah, maka nasib akan menyebelai orang orang calon bebas sekali lagi, orang ramai akan pening kepala untuk memilih calon bebas mana satu untuk pangkah, hehe, tapi pada ramalan ramai jugak laa orang akan pangkah calon bebas wanita, kenapa ya ramai orang tanya, because people getting crazier and ignorance, thats why, anyway good luck to all!

Bukit Gantang punya cerita, memang saingan sengit laa boleh kata, tapi sama macam tu jugak laa, opposition akan sapu tempat ni, kenapa? biasa lahhh, pemberontakan terhadap benda yang mereka sendiri tak pasti, haha,

Batang Ai confirm BN sapu, sabah and sarawak memang tempat BN, so dont worry, itupun kalau orang borneo tak termakan janji janji opposition, hehe

tapi, apapun, kita tengok ler ramalan ni tepat ker tak, kalau tak tepat, takpo, korang datang jaaa tempat aku, aku belanja teh tarik sama roti canai kat warung, supaya dapat laa kita sembang kosong pasal politik yang busuk lagi hina, terasa? rileks lerr, hehe

by the way, its Batang Ai, bukan Batang I, get it?

No comments: