Thursday, April 9, 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

aaa, cerita sikit pasal ABPBH nieh, agak agak korang sapa yang menang, seperti biasa rasanya tahun ni mawi lah menang, cerita dia dan populariti dia lebih tinggi daripada yang lain, yang lain biasa biasa jaa, selain dari kontroversi norman hakim dan abby, rasanya takdak cerita yang Terover popular selain dari itu kot. takkan norman hakim, abby dan memey nak merebut takhta popular kot, rasanya tak boleh, tapi kalau takhta super kontroversi, memang elok sangat laa kalau menang kat norman hakim, heh heh, memang aku nobatkan dia sebagai raja segala kontroversi 2008! tak syak lagi.

kagum sungguh dengan norman nieh, mentang mentang laa dia aktor, siap boleh buat lakonan bawah pokok (bukan mesyuarat bawah pokok ye!) siap nangeh nangeh, lakonan dia cukup menjadi dan menyayat hati! memang hebat sungguh, namun, dia silap ler, bekas bini dia tu pun aktor jugak, so sama sama laa berlakon, keh keh keh, cayalah abby! abby pun teror gak berlakon, mula mula nangeh, pastu terus fly gi china ngan adik jambu! hihihi, apadaaa, benda kecik macam tu pun korang tak pandai nak cover, masalah betul.

anyway, Tahniah kepada mawi, kerana aku percaya tahun ini ko akan dapat anugerah paling popular sekali lagi, dan kereta nissan sylphy 2.0 yang harga ratus ribu tu, dan satu lagi, jangan lupa, kereta nissan grand livina tu milik aku lah ye, pasal everyday aku beli 3 paper berita harian, yang setiap satu aku beli tu aku tak penah baca pun, aku terus bukak middle section, amik gunting, potong bahagian peraduan ABPBH, ngeh ngeh ngeh, takkan tak menang kot, hari hari masuk peraduan semenjak 4 tahun lepas, takkan saguhati pun tarak kot,

kalau tak menang jugak tahun ni, confirm tahun depan aku boikot ABPBH,
confirm!

4 comments:

The Aminos said...

aku bosan la dengan mawi nie, kalau awie ok lah

My Reality and Fantasy Journey said...

raja sms tu, hehehe, tambah plak 100% undian penonton, confirm dia menang lagi

Armetz said...

tak abeh lagi ke kepopularan dia tuh...tak dengaq cita dah pun pasai dia...kaa aku yang tak amik tau...

My Reality and Fantasy Journey said...

ang yang tak amik tau, terbaru gambar dia terlampau dengan ekin,