Tuesday, June 30, 2009

Shopping Make Me "Pening"



Wohhh hoohhh hoohhh, perkataan shopping membuatkan kaum kaum wanita terketar ketar tangan sampai nak menaip pun dah tak boleh, dah jadi parkinson kalau sebut perkataan shopping dan jualan murah. Kaum lelaki juga terketar ketar tangan, bukak disebabkan tak sabo nak membeli belah, tapi terketo keto tangan pasal wallet dah makin nipis.
Budaya shopping shopping ni lahir dari zaman dinasour lagi, memang dah lama sangat dah. diberitakan pada zaman dinasour dulu, ada satu "MEGA SALES" jadi ibu ibu dinasour tersebut pergi shopping dengan girang tanpa menghiraukan anak anak mereka dirumah. bapak bapak dinasour pulak terpaksa ke pantai untuk mengutip kulit kerang (zaman tu matawang pakai kulit kerang-sebab tu kekadang kita jumpa fosil kerang diatas gunung lah, atas bukit lah,sebenarnya geng dinasour ni yang bawak, bukannya kerang tu naik sendiri atas bukit kot!). So, leka dengan shopping, mereka terlupa yang anak anak dinasour belum makan dan akhirnya mati kelaparan. bila dah parent dinaour ni balik rumah, baru mereka tahu keadaan mereka, dan akhirnya mereka pun mati akibat perasaan sedih yang terlampau. itulah ceritanya bagaimana dinasour akhirnya pupus dari muka bumi ini hanya disebabkan satu Mega Sales, maka tamatlah zaman dinasour (cerita ini tak dapat dipastikan kesahihannya kerana cerita ini diceritakan oleh rakan kepada rakan kepada kawan pakcik kawan saya).
Jadi kawan kawan, marilah kita jadikan cerita kepupusan dinasour ini sebagai iktibar, jangan lah kita terlalu meng"shopping", kerana shopping ni tak pernah membawa kita ke mana mana. pernah kawan kawan dengan orang masuk paper kerana menjadi sorang shopper yang berjaya? tak pernah kan? tapi, anda pernah dengar orang yang jadi usahawan berjaya, jadi penternak berjaya, jadi petani berjaya, haaaa, ada jugak pekdah, heh heh


Gambar mak dinasour bawak anak dia pusing pusing kl cari supermarket yang ada buat "Mega Sales"

sebenarnya, aku nak cerita ada dua jualan murah kat tempat aku nieh, so, dalam masa satu hari tu aku terpaksa pergi ke dua tempat yang berbeza untuk jualan murah, maunya tak hangin satu badan, sebab barang barang kat situ tak sesuai untuk aku pun, not my taste at all!

yang pertama, ada satu jualan murah sempena pembukaan kedai perabot VA MATRIX (promosi sikit nama kedai ni, pasai apek tu bagi spesel diskaun kat aku). so, perabut perabut pun murah laaa waktu promosi ni, kena pulak dengan aku perlukan perabut untuk rumah baru, so, aku pun look look see see laa kot kot ada barang yang menarik perhatian aku, promosi barang tu macam dibawah ni



inilah set bilik tidor, katil, almari baju, kerusi kecil dan set cermin muka harganya RM488. kira murah jugak laaa tu dan menarik jugak rupanya.

itu satu jualan murah mengenai perabot dan perkakasan elektrik

yang kedua pulak, Jualan Murah sempena pembukaan cawangan ke 23 Kedai ZonRia

memang kedai tu buat special punya Jualan Murah. Baju kanak kanak RM1 satu, Seluar Kanak Kanak RM1 satu, Sandal Kanak Kanak RM1 satu, wahhh, ini memang murahh ni, tapi, dia buat sales tu hanya pada waktu tertentu, macam semalam, dia buat pada pukul 8, so, orang ramai pun tertunggu tunggu laaa tiba detik dan saatnya bermula. tepat saja pukul lapan, orang ramai berebut rebut barang barang, punya laaa kelam kabut, nasib baik aku tak kena langgar, fuhhh, bahaya betul.


ni gambar orang berebut rebut baju jualan spesel murah RM1 sehelai (gambar bawah)




Staff ZONRIA pening kepala melihat gelagat orang ramai yang berebut rebut pilih pakaian sampai nak runtuh khemah! (gambar Bawah)



dalam masa setengah jam, semua barang barang tersebut selesai dibelasah oleh orang ramai.(gambar dibawah)






dalam kelam kabut tu sempat laaa aku ambik 2 helai baju kanak kanak dan 3 helai seluar, tak maching laa pulak satu baju tak cukup, huhu, ampeh sungguh, dah laa tak cukup baju, kaler baju dan seluar pun langsung tak matching, haha, ampesh, (Gambar bawah)



apa pun, memang seronok jugak laa malam tu sebab tengok gelagat orang ramai. macam wife aku kata, bagus jugak ada jualan murah ni sebab boleh membeli barang murah dan berjimat" errr, tapi, jimat apa kalau satu malam walaupun murah tapi habis beratus ratus, huhu, itu jimat pak pandir namanya, huhu

(info untuk kawan kawan opis dan kawan kawan lain, aku ambik masa 10 minit untuk masukkan entry nieh, aku tak buang masa weih, sepuluh minit jaaa, heh heh, aku tak curi tulang aaaa)

3 comments:

Anonymous said...

It's truly very complex in this active life to listen news on TV, therefore I only use web for that reason, and get the hottest news.

Look at my web page ford Ranger

Anonymous said...

Do you mind if I quote a few of your articles as long as
I provide credit and sources back to your website?
My blog is in the very same area of interest as
yours and my visitors would really benefit from some of the information you present here.
Please let me know if this ok with you. Thank you!

Also visit my homepage :: ford ranger

5689 said...

zzzzz2018.9.5
ray ban eyeglasses
nike air max 95 ultra
oakley sunglasses
michael kors handbags
nike shoes
bottega veneta
moncler outlet
manolo blahnik shoes
off white
coach outlet online