Monday, June 22, 2009

Semangat Sukan yang Kental!

Hari sabtu ada futsal tournament bersempena dengan hari sukan opis aku. aku yang jadi bidan terjun sebagai goal keeper hanya mampu tersenyum sementara menunggu aku dirembat macam punching bag! apapun, memang best laaa berkumpul ramai ramai dengan opis mate, berkenal kenalan, waktu waktu sibuk dan kelam kabut macam ni kita dapat tengok true colour seseorang tu, dapat kenal lebih dalam, apa pun, aku tak suka judge orang, dan aku tak suka orang judge aku pun, just take me as who you are, full stop!

yah yah, cerita pasal futsal tournament ni, amat lah menggembirakan, macam budak budak kecik, heh heh. team aku yang underdog ni dah jadi juara, juara beb! bukan calang calang team kami belasah. team kami ni, kalau dalam kertas, orang kata team cikai atau koroo laaa kot. tapi dengan semangat kental dan jitu serta semangat kesukanan tinggi yang Tegar! kami telah berjaya mengalahkan pasukan pasukan yang lebih hebat! fuhh, kalau tak percaya, tengok laaa scoreboard kat bawah ni, errr, by the way, team aku nama Dragonball! dan percayalah, orang orang yang dah ada anak anak kecik 5-6 orang ni, sanggup namakan team kumpulan mereka dengan nama nama kartun dan anime kanak kanak, lucukan!? tapi itu lah yang kami mahu, berseronok macam budak budak kecik! best!




team aku yang bawah sekali, team dragonball, atas sikit keluang man, atas dia sponge bob, pastu wonderpets, pastu upin dan ipin dan atas sekali tom tom bak.
kat situ boleh nampak team kami hanya kalah sekali saja dengan team wonderpets, namun kami menang game ni dengan jumlah 12 mata, yey, tahniah kat semua team yang telah berusaha keras untuk kalah kan team kami, kesian kat depa noooo, hehe

ramai staff yang datang untuk bagi sokongan moral dan tak kurang juga sambil bagi sokongan sambil kutuk member, heh heh heh, bila lagi nak kutuk, ini lah masa yang paling sesuai!

haaa, ni baru sejumlah kecil pasukan sorak lelaki yang didatangkan khas hanya untuk sorak team yang team yang kalah! heh heh, kuat betui depa sorak! sampai suara naik serak!





last sekali untuk kenang kenangan, kumpulan kami bergambar dengan semua kumpulan kumpulan yang kalah, biasa laaa, bila dah menang ni, semua orang nak tangkap gambar dengan kami, muahahahaha, dah juara katakan! team team lain tu, cuba lagi tahun depan untuk merampas takhta kami, anda boleh cuba, tapi belum tentu berjaya! keh keh keh, adios!

2 comments:

Armetz said...

eeer memang la team ang menang...team hat lain takleh nak sumbat gol...tgk la sapa keeper kan...hehhhehhehehehehe

My Reality and Fantasy Journey said...

hehe, keeper taraf dunia kan? kan? kan?