Monday, March 30, 2009

Doa Di Pagi Hari

Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
Aku sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Sempurnakan nikmatMu untuk ku pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada ku selama ini dan kurniakan kelazatan untuk ku dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada ku.
Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Aku memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn.. Aminn.. Ya Rabbal A'lamin......

1 comment:

Armetz said...

amin...alhamdulillah..