Kemarin, ari sabtu, teringin nak merasa makan buffet, sejak balik ke kedah, jarang dah berbuka puasa secara buffet sama ada di hotel atau di tempat tempat yang menyediakan buffet buka puasa ni. yang menariknya berbuka puasa secara buffet ni, terdapat berbagai makanan yang dihidangkan, dari pembuka selera, kueh mueh, dan sebagainya. Dan apa yang menariknya kali ini, dan faktor yang telah menarik aku untuk berbuka puasa di menara alor setar ni ialah, 100 menu dihidangkan dan RM40 nett untuk seorang, kira murah tuuuuuu, rm40 untuk 100 jenis menu, tapi, adakah berbaloi baloi atau tidak? mari kita ikuti bersama sama, ceyyyyy macam drama swasta.
ok, dimulakan cerita, memula tu, pukul 2 aku called hotel seri malaysia, kalau tak salah rm32 buffet berbuka puasa, malangnya penuh, then aku called regency, sama jugak harga, than confirm booking dengan regency, then, aku terpikir balik, kalau aku tambah rm8 hengget, aku dah boleh makan dekat menara alor setar, berbuka puasa di ketinggian 165.5 meter (macam iklan MAS), tambahan pulak ada 100 menu makanan yang disediakan, tak sabar aku nak pi sana, hehe, info mengenai Menara alor setar boleh baca
disini gambar menara pukul 7, hujan renyai renyai
lebih kurang pukul 7 aku dan wife sampai dekat menara, disambut mesra oleh staf staf menara. memang mesra, itu aku kagum, hehe, informed dia aku dah buat booking, dia check, table 9, then terus hantar aku naik atas ke restoran berputar, memang best.
actually first time aku makan dekat restoran berpusing alor star ni, tertanya tanya jugak macam mana berputarnya restoran ni, so tercapai jugak aku nak makan kat sini, dan bila aku tengok, memang betul betul lantai restoran ni berpusing, huh, kagum gak aku, haha, tapi, 5 minit jaa aku duduk kat situ, dah rasa macam pening pening, haha, maklum laaa, lantai dia tak henti henti berpusing, sloww jaa, tapi best jugak, sebab dia punya counter makanan stay kat satu tempat, so, aku just tunggu meja aku berpusing sampai ke counter makanan tu, tak payah jalan jejauh
anyway, aku abadikan gambar gambar ni
ini wife aku nya pinggan, fuhh, nampak sedappp kan
aaa, ni baru first round ni, haha, ada banyak round lagi lepas tu
Kaunter lemang, pau, rendang dan sebagainya, nampak cantik
nampak dak api tu, aaa, makanan panas panas, memang best
ini stall untuk pembuka selera, appetizer, ada 2 atau 3 stall macam ni,
ini kaunter yang tidak bergerak, dia stick saja kat satu tempat, so, tunggu meja pusing satu turn baru boleh ambik, tak payah jalan jauh jauh
kaunter western food,
ini antara sebahagian gambar yang aku sempat snap, maklum laaa, time buka puasa, makan sampai tak ingat doniaa dah, hehe,
masa sebelum berbuka, fuhhh, nampak macam sedap sangat laaa makanan kat situ, then bila dah berbuka, makanan dia biasa saja laaa, takdak yang superb atau hebat, just biasa biasa saja.
dalam banyak banyak menu yang dok ada, tak pasti lah menu apa yang paling menonjol, udang sambal dia over cook, keras, kerabu set dia dah masam, maybe dah sediakan terlalu awal, nasik beriyani tak rasa macam nasik beriyani, semua rasa biasa saja, tak dak yang menonjol,
so last last sekali, rasanya, macam mengecewakan sikit laa bukak puasa kat sini, tempat cantik, ambience cantik, pemandangan cantik, tapi beberapa benda yang kecil yang menyebabkan benda / tempat yang sepatutnya grand jadi macam warung tepi jalan saja diantaranya:
1: makanan biasa biasa saja, tak power pun, sepatutnya sedap, sebab company yang sama yang buat makanan untuk menara kuala lumpur, tapi kenapa macam ni jadinya,
2: benda benda yang digunakan tak standard, contohnya mencampurkan kerusi plastik diantara kerusi banquet, dan bekas takungan air plastik yang digunakan, nampak macam tak grand langsung (gambar dibawah)
ada kaa pakai bekas ni, cari laa water container yang grand sikit, jatuh standard betul.
untuk kekal bersaing di dunia global ni, diharap pihak urusan restoran berputar ni boleh lah buat perubahan dari perkara perkara diatas, "jangan cakap tara serupa bikin" (macam karam singh walia bercakap nieh)
apapun, di atas segala kekecewaan tersebut, pemandangan bandar alor setar diwaktu malam yang cantik, sedikit sebanyak mengubat hati yang lara ini,
adakah aku akan kembali ke restoran berputar? mungkin tidak, sehingga restoran tersebut upgrade kualiti makanan mereka
adakah aku promote kengkawan berbuka kat situ? ermmm, kalau sesapa yang terngah bercinta boleh laa berbuka kat situ, crowded sikit, tapi macam romantik ahhh, hehe, orang tengah bercinta ni, makan apa pun sedap, bak kata pepatah, kentut pun wangi, huah huah huah.kalau nak bawak family makan, buat rugi jaaa, heh heh,
toilet dan surau ada kat atas tu, jadi tak perlu risau, dalam pukul 9, aku pun turun, dah penat dah makan, makan pun boleh penat wooooo, dont play play aaaa
menara waktu malam, fuhh, cantik kaler dia, kaler biru tu kot restoran tu,
ni reception/lobby,
ni model menara alor star
kalau orang yang jakun macam aku ni sesuai laa pi makan kat situ, nak merasa macam mana makan kat restoran berputar ni, maklum laa, aku ni orang kampung, mana penah merasa semua tu, hihi. yang ramai kat atas tu pun, semuanya slang belah belah selatan, aku dan wife pun, berpakat jugak nak cakap slang slang ni, kami pun apalagi, slang kuboq panjang aaa, tak thu deh! apa pun, selamat mencuba, apa kata kita kongsi kongsi pengalaman semua berbuka puasa, selamat menjalankan ibadah puasa!
My Fantasy: kalau laaa ada vendor kaa, kawan kawan kaa, nak berbelanja berbuka puasa kat hotel hotel mahal mahal, makan sedap sedap, pastu siap boleh tapau balik plak tu, fuhh, memang best laahhh macam tu, malangnya.....
My Reality: dah laa takdo duit, teringin nak makan mahal mahal, dah pegi makan kat situ, makanan tak sodap laa pulak, buang duit betul lah, baik pakcik makan jooo kat bazaar ramadhan,bior sampai pocah perot aaa jadiknya kalau rm40 sorang, hua hua hua
Correction - Regency hotel ramadhan buffet - rm42 nett