Sunday, July 26, 2009

Weekend



ok, weekend ni sepatutnya planning nak pi siam, bukan shopping, tapi pegi lepak lepak tenangkan fikiran, tapi rancangan tu terpaksa dibatalkan sebab ada kematian di kuala kedah. hari jumaat pagi tu pergi menziarah jenazah di kuala kedah, selesai jenazah dikebumikan, aku pun pusing pusing sekitar kuala kedah tu sensorang, wife aku dok menyembang apa ntah sampai berkurun aku tunggu tak abis abis, aku pun pusing laaa sorang sorang ala ala lone ranger, first yang aku jumpa, tempat bot bot / sampan kecil berlabuh, kat situ jugak lah market tempat orang orang kat sini beli ikan murah murah katanya. ikan kembung sekilo rm3, murah ler kot, aku tak reti woh, bukan kaki market aku ni, aku kaki bangku saja, tapi memang meriah lah kat situ, banyak ikan, ramai orang, dan murah!

pastu aku pusing pusing tengok apa lagi yang best kat sini, aku jumpa bangunan yang cantik ala ala istana di pinggir pantai, cenggini rupanya,


bangunan cantik, tersergam indah, besar betul, dan kaler merah, dari jauh dah nampak, bangunan jabatan laut ka apa ntah, aku nak masuk, tapi pintu kunci, tak dapat laa nak pusing pusing nak tengok ada apa kat dalam tu.





itu untuk cerita ari jumaat, ari sabtu pulak, aku takdak idea apa nak buat, just duduk rumah baca novel, pusing kiri pusing kanan, pejam mata lagi, itu saja kerja aku, sampai laa dah over limit tido dah, tak boleh nak buat apa dah, kena keluar jugak dari rumah nieh, last last amik keputusan pergi ke kedai lampu untuk tengok tengok lampu yang cantik,


harga tak mahal sangat, tapi, design dia tak berapa ngam dengan apa yang aku idamkan





errmmm, still tak dapat ilham, hmm


lampu panjang ni? ermm, hmmm, tak sesuai


lampu bulat bulat ni? cute cute, tapi, errr, tak macthing, lampu mana yang sesuai ek, cari punya cari, aku ternampak lampu yang cantik dan elok sangat, cantik nieh lampu nieh, fuhh, best!




cantik kan? ala ala chandelier camtu, memang cantik, berkenan sungguh aku tengok, memang nak beli dah nieh, tengok tag harga dia, fuhh, rm688, terus aku balik jaaa, tak mampu aku, huhu

sebelum balik tu, aku singgah makan dekat Restoran Petai Belalang, selepas jambatan simpang empat simpang kuala, makanan kat situ memang sedap, tom yam dia and all, tapi malam tu disebabkan otak serabut dan pulus yang kering, aku just oder satey dan wife aku makan nasik goreng campur, air watermelon dan teh o ais limau, total price, satey 20 cucuk rm8, air dan nasik goreng campur total rm6, murah kan sebab nasik goreng tu semua campur dalam, telo, ayam, daging, sotong, udang, memang sedap!


ni gambo dia, tapi dah nak abis dah pun, aku dah bedal separuh baru aku teringat nak tangkap gambar, maklum laa, lama dah tak berblogging nieh, korang plak camna? macam mana weekend korang? ada best?

No comments: