Manusia dan sifat hipokrit ni memang dah sebati, dah tak boleh lari. yang membezakannya diantara seorang dengan sorang yang lain adalah tahap kehipokritan dia tu. sama ada tinggi atau rendah hipokrit dia tu. bukan apa, aku nak cerita pasal hipokrit ni, pasal aku nak mintak sapa sapa yang membaca ni, tolong tolong laaa muhasabah diri kita, sebab aku pun sama jugak, hipokrit, aku cuma nak ajak pembaca mengubah cara hidup, berhenti laa jadi hipokrit, lets just be ourself!
aku rasa hairan, bila aku tengok orang yang mengutuk, mengata kat orang ni, tapi akhirnya boleh dapat pengiktirafan dari orang ni, kenapa ek? aku pun hairan. padahal, mamat ni laaa yang paling kuat mengutuk, mencanang canang keburukan si mamat ni, last last, dia pulak diberi penghormatan oleh mamat ni. tetiba aku jadi bingung! pepatah melayu "buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali" dengan tiba tiba dah tak boleh dipakai lagi. bukan kita nak berasa jeles dengan pemberian yang tak seberapa tu, cuma kita rasa pelik dengan dunia sekarang, mungkin boleh dikatakan dunia akhir zaman, semakin pelik sifat manusia, mungkin betul juga dunia akhir zaman, sebab orang jahil diagung agungkan, orang beriman dipijak! heh, mungkin itulah yang berlaku dizaman sekarang
manusia pembawa mulut ni memang bermasalah, contoh laaaa, ada satu cerita, Nabi Muhammad S.A.W pernah memberitahu umatnya, wanita senang masuk syurga, tapi lebih ramai yang masuk neraka kerana mulut mereka. tapi, zaman sekarang ni, aku tengok, bukan perempuan saja yang mengumpat, yang lelaki pun tak kurang mengumpat. mula mula si lelaki ni pergi sembang laa dengan mamat ni pot pet pot pet, pi dok korek rahsia, bila dah dapat rahsia, mai laa dok cerita kat geng geng pompuan kaa, geng geng laki kaa, memang tak boleh pakai langsung kalau orang macam ni. moga moga orang yang macam ni menerima pembalasan yang setimpal dari Allah, sebabnya? dari cerita cerita yang dia bawak ni boleh menimbulkan fitnah sebab cerita yang dia buat ni belum tentu betul dan dok bawak mulut, fitnah ni lebih teruk dari membunuh, hmmmm
aku bukan nak marah, mengamuk jauh sekali, cuma nak bagitau kepada umat manusia semua, diam lebih baik dari berkata kata benda yang batil. benda ni bukan berlaku di opis, tapi berlaku di mana mana, aku ni pun jahil, bukan lah alim, tapi kita tak perlu jadi alim ulama untuk tidak menjadi hipokrit dan tidak menfitnah orang lain, Lu pikir lah sendiri
Shapely All The Time
1 week ago
4 comments:
ha tu dia abg jaun dah bersuara...adatlah manusia jaun..zaman skrg ni bukan zaman kita buat baik dgn org..kita buat baik pun kita kena balik..bunga kita bagi tapi taik ayam yang kita dapat sebagai balasan..bab mencanang tuh dah perkara biasa dalam golongan kita pun ada..time tersepit minta tlg kita tapi time senang kita kena gigit balik..apa2pun lebih baik buat hal sendiri..aku dah cukup serik hehehe
betul lah pjan, sekarang ni orang suka ambil kesempatan, kita diam tak bermakna kita takut, kita baik tak bermakna kita bagi orang pijak kepala. i'll punch between their eyes if thay have balls to confront me again! i swear!
curry 4 shoes
kobe shoes
longchamp bags
adidas ultra
kyrie 5 shoes
timberland boots
louboutin shoes
supreme
supreme new york
supreme
f9u05g8a01 e0f03u2j06 p1n10y2i15 z0w84w6p47 f4o49t8l15 w4p96s7h05
Post a Comment