Sunday, June 7, 2009

Kolam renang MBAS

Yup, kolam renang, cuaca sekarang ni sangat lah terlalu panas. kalau boleh setiap saat nak berendam dalam air jaaa rasa, duduk dalam aircond pun tak selesa, yer lah, keluar kejap panas, masuk lam opis kena aircond sejuk menggigil, pastu keluar pulak panas, last last demam camtu jaa,

sempena cuti sekolah ni, dan jugak aku yang sentiasa dalam keaadan kedekut dan budget, telah mencari alternatif untuk bawak sedara pergi mandi manda. memula memang terfikir bawak pergi sungai lagi jimat, takda bayaran, paling kuat pun kena bayar duit parking dalam singgit. tapi, anda sedia maklum laa, sekarang ni cuti sekolah, confirm ramai gila orang, nak mandi pun tak senang. anyway. selalu aku bawak family mandi swimming pool kat hotel (swiss in, sp inn dan seri malaysia). tapi bayaran agak mahal, rm8 bagi bebudak, tinggi jugak tu, mandi bukan lama pun, so sekarang aku dah jumpa alternatif terbaik dan dekat dengan rumah aku

KOLAM RENANG MBAS di alor star
Lokasi: sebelah restoran KFC Stadium Bolasepak alor star / sebelah hotel seri malaysia alor star
Harga: RM1.50 bagi kanak kanak / Remaja RM2.00 / Dewasa 18 ke atas RM2.50
Facility: Olympic size swimming pool & kolam kanak kanak (itu saja, takdak water canon ke atau permainan air macam kat sunway lagoon atau kolam air kat sp tu, apa nama ntah, lupa)

Murahkan? memang murah. aku bawak princess aku yang umor dia baru 2 setengah tahun. bawak pegi pool hotel pun tak berbaloi, dia memang suka mandi kolam, tapi sekejap jaa, bawak pegi sunway lagoon pun tak berbaloi, tak semua permainan boleh main. so bawak sini ok laaa pasal dapat dia main air yang memang menjadi kesukaan dia.



ini senarai harga, kolam ini ada 3 sesi, so make sure you datang on the right time, kalau tak, buang masa jer tunggu.

Pintu masuk ke Kolam Renang MBAS


ini kolam untuk kanak kanak, hari minggu, tapi tak ramai sangat orang, mungkin sebab banyak kenduri kot, parent diorang sibuk


princess..


Ini kolam untuk orang dewasa, di kolam ini jugak boleh diadakan pertandingan renang, dia punya lane dan facility untuk pertandingan memang ada


kawasan parking untuk pelanggan mencukupi, kalau nampak tempat parking ni sesak, confirm orang ramai. masa aku pergi tu, banyak ni jer kereta, so, memang tak ramai orang. dihujung sana tu adalah KFC dan Stadium bola sepak alor star.

Tips: kalau anda nak bermain air disini, dinasihatkan ambil sesi 1 atau sesi 3, sebab kawasan kolam renang ni tak berbumbung, so, kalau ambil sesi 2, waktu tengah hari, amatlah panas, aku masuk sesi 3 pun, air dia rasa suam suam jaa, lantai simen dia tu sangat lah panas, so, plan lah sebaiknya, itu saja, adios

9 comments:

The Aminos said...

another alternative, kolem renang kem lapangan terbang SP. rm2 but very small kolam.

My Reality and Fantasy Journey said...

ehh, the one belakang rumah tu ka? still ada lagi? bagus jugak tu, balik sp boleh pi sana

Pjan said...

emmmm pegi ja mandi kat umah aku..free je..abg aku mesti x marah punya..

My Reality and Fantasy Journey said...

confirm tak marah ka? cayalah wei, aku nak pi nie! hehe

Pjan said...

ang ni keja bjalan ka..merata hang p isk isk kaya kaya..mai la jb leh kita p spore

My Reality and Fantasy Journey said...

memang kerja aku kena berjalan weh, hehe, tapi tak kaya kaya jugak, dok macam tu jugak, ang lubang bisnes dak weih? aku nak pi jb hapaa, duit pun ciput ni,

5689 said...

zzzzz2018.9.5
ray ban eyeglasses
nike air max 95 ultra
oakley sunglasses
michael kors handbags
nike shoes
bottega veneta
moncler outlet
manolo blahnik shoes
off white
coach outlet online

yanmaneee said...

curry 4 shoes
kobe shoes
longchamp bags
adidas ultra
kyrie 5 shoes
timberland boots
louboutin shoes
supreme
supreme new york
supreme

Anonymous said...

off white shoes
jordans
bape
off white x jordan 1
air jordan