Monday, June 1, 2009

Journey To Bali part 1

ok, dah lama tunggu nak masukkan entry vacation bali ni, tapi tiada masa terluang, so, dalam masa yang singkat ni, nak cerita sikit pengalaman pergi ke Bali, Indonesia.
we had to travel from kedah to KL, since our flight is from LCCT to Den Pasar, there is no direct flight from penang to Den Pasar, Bali. so we decided to drive to KL. Tiada apa yang menarik on the way to kl, biasa saja, jalan lengang,


Cecah jaaa KL, jalan dah jemm gila, jam pukul 6 lebihh, hari jumaat, pehhh, memang jemm tak hengat punya. jem adalah salah satu benda yang tiada di kedah, hmpphh! dah sampai kl, malam tu tidor dengan nyenyaknya, penat bertarung dengan kesesakan lalulintas di kl! adus!

so, esoknya, aku decide nak bawak wife makan nasi beriyani gam yang famous, kat SS15 bandar baru bangi, harga murah dan makanan ok ok laa

.
ini laa restoran nya, Restoran Anje Beriyani gam, sebelah dia restoran dia jugak, Anje masakan Thai, masa aku stay kat kl ni, kekadang makan kat sini, sedap jugak, so, aku bawak wife untuk cuba rasa pulak.


ini set Ayam masak merah beriyani gam, harga RM7, ok jugak rasa


ni restoran ayam penyet, tak sempat aku pergi, sebab dah kenyang, takpa, next time aku cuba.
dah kenyang perut, pusing pusing jusco Equine park. then we off to LCCT untuk Check In to Bali.

dah selesai check in, kena tunggu untuk boarding, lambat lagi, hampir satu setengah jam, so, lepak lepak minum dulu dekat taste of asia

minum saja kat sini,tak dak makanan menarik, so pindah pegi McD pulak

dah selesai makan, teringat pulak orang bagitau yang dekat bali ni susah nak cari makanan halal, so, untuk persediaan, kena laa tapau makanan halal, sebab arrive kat sana pun dah pukul 10 malam, susah nak cari tempat makan, perut pulak lapo, huhuhu, situasi bahaya tu. so tapau laa Beger McD (some info, kalau beger aku prefer McD, kalau ayam goreng aku suka KFC, sebab kfc memang tak pandai buat beger, dan McD punya ayam goreng memang hampeh)


inilah beger yang aku tapau untuk makan malam di bali, macam tak cukuppp jaa, heh heh
on the way nak boarding, ternampak Dunkin's donut, singgah jap tapau donat, bleh seludup masuk untuk makan atas flight


ok, sekarang aku kasitau satu tips macam mana nak seludup masuk air botol kedalam kapal terobang Air Asia di LCCT International departure.
caranya: tak perlu bungkus awal awal kerana di tempat menunggu boarding tu ada store jual air. sebelum sampai ke tempat boarding tu, ada dua pemeriksaan kastam dan sebagainya. so, bila dah habis 2 pemeriksaan kastam tu, bila berada ditempat boarding, barulah beli dan masukkan dalam beg, confirm you can save few ringgits, beli kat atas flight price dalam rm4-rm5 for mineral water.

ini tempat menunggu untuk boarding, kat belakang tu orang jual macam macam, so apa lagi, tapau sepuas hati.

then, dah boarding, takda apa yang menarik, perjalanan memakan masa 3 jam, fuhh, lama tu.
ada satu benda menarik. ada couple mat salleh ni, masuk dalam toilet berdua, terkejut jugak aku tengok, uihh, muat kaaa 2 orang duduk dalam toilet tu, hehe, couple muda, selepat 15-20 minit baru laa 2 orang ni keluar, yang pompuan tu keluar sambil sengih sengih pintal rambut. dalam hati aku berkata, sah dahhh, depaaa buat dahhhh. ada couple aussie kat belakang aku gelak gelak, aku pusing pandang dia, yang minah salleh tu cakap, "they having sex in the lavatory" aku pun sengih, aku reply"yeah, having sex at 39,000 feet, thats high" pastu kitorang gelak, fuhh, gila betui couple mat salleh ni, dalam toilet kapai terobang pun jadik, hehehe, first time dalam idup aku, ingatkan dalam movie jer ada cerita camni, haha

Gambar masa tengah boarding

then, lepas beli nasik lemak atas flight @ RM9, dah kenyang makan, aku pun tido.

ada satu tips. kalau korang ambik flight air asia, tak kira laa where is your destination, if its above 45 minutes, better pre book your meal. Sebab? kalau beli pre-booked meal harga dalam rm6, so jimat laa sikit. sebab apa, bila you dah atas flight, semua benda yang you dah makan kat bawah tadi, macam dah hilang, sebab bila passenger start makan atas flight, dia punya bau, fuhh, memang tak boleh tahan lah,kuat betul bau dia. then, your last meal kat bawah tadi pun lebih kurang 2 jam lalu, so, perut you confirm akan lapar balik, confirm! hehe, lagi bagus kalau you dapat seludup makanan masuk, lagi jimat.


dekat atas flight, kena isi 3 borang, satu borang akuan kesihatan (to confirm you bebas dari swine flu) 2 immigtion form, satu lagi customs form. susah jugak nak menulis di atas flight yang asyik bergegar ni, bosan betul, very inconvenience laaa to fill a form in the middle of a flight, sheeeshhhh!

ok, so, we arrived at Bali lebih kurang pukul 10 malam. dah gelap, gelabah jugak laaa, mana nak cari hotel gelap gelap ni. first yang aku sampai kat air port Den Pasar Bali ni, aku perasan, muka orang orang kat sini macam malay, gelap gelap, dan serius. Kecuali seorang staff lelaki Air Asia yang ramah dan asyik tersenyum di airport Den Pasar (memang mamat ni kaki senyum dan ramah, masa aku pergi dan balik dari bali, memang dia asyik senyum jaa, dia sorang saja laa, yang lain muka macam gengster)

aku risau, sebab tengok orang bali ni, muka depa garang dan serius, dalam hati, ahhh, sudahhh, mati dahh aku. aku pun beranikan diri pergi tanya kat tempat booking hotel. muka jaa nampak garang, tapi mereka ni peramah. dia layan aku yang cerewet gila bab duit duit ni, biasa laa, aku ni kedekut tak hengat, hehehe.

so, selepas dah berbincang, aku pun amik laa Grand Sinar Hotel (untuk info hotel, klik kat sini ) mamat tu kata memang ada banyak lagi hotel yang lebih murah, tapi sebab dah wife aku nak duduk tempat yang selesa sikit, so kena laa ambik hotel ni, murah sangat pun kang takut jauh dari pantai dan kurang selesa.

Dengan Harga Rupiah 55,000 teksi hantar kami dari Airport ke Hotel. aku dalam teksi, meninjau ninjau keluar tingkap, waktu malam gelap, aku tengok bali ni, tak sama dengan apa yang aku sangka. Jalan jalan di bali ni kecik, sempit, gelap dan sesak dengan kenderaan motor dan Speda motor (kat bali motor = kereta. Speda motor = motorsikal). driver teksi tu memang ramah, sembang dengan girang, siap bertukar tukar cerita Telenovela Intan dengan Wife aku, dia tak sangka cerita Intan pun famous kat malaysia, hehe, boring betul aku. Wife aku tiba tiba fasih dan memperaktikkan bahasa indon yang dia selalu belajar dari guru tuisyennya, cekgu Astro Aruna ka apa ntah namanya. bila dah sampai, beriya iya wife aku bagi tips rupiah 10,000. aku risau jugak, banyakkk tu tips, iskhh, rupanya baru rm2-rm3 jaa kot, hehe. lupa nak cakap, tukaran wang rupiah ni, aku tukar rm1.5k, dapat dalam IDR 4,050,000. 4 juta tu. tips untuk korang nak tukar duit, better tukar di malaysia, sebab rate dia lebih tinggi dalam 3.07, kalau kat bali, just 2.5. banyak beza tuh.



so, dah sampai hotel, makan beger yang tapau tadi, dan tidoooooooooo
sambungan dalam part 2

No comments: