Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan masukkan entry hari raya. raya kan sebulan, so, sebulan laa kita makan kueh raya yang tak abeh abeh tu, dan jugak open house open house yang banyak, fuhhh, makin bertambah "sihat" laaa perut perut kengkawan dengan ketupat, rendang, lemang dan macam macam kaler kueh muih yang dijamu, macam traffic light daaaa.
Tahun ni, beraya di rumah mertua, itupun setelah buat cabutan undi sebanyak tiga kali, so nak buat camna wahai ayah dan ibu, tahun ini anakmu beraya di perantauan, huk huk, hanya doa dan salam dapat ku ucapkan dari jauh, sob sob,
raya pertama, biasa, setelah bersembahyang, dan bermaaf maafan, masa untuk makan sampai pecah perot, memang dah lama tak makan waktu siang ni (kecuali bagi mereka mereka yang ponteng puasa) , disebabkan lama tak makan waktu siang ni, mulut asyik nak mengunyahhhjaaa, walaupun perut dah kata taknak! melantak macam dah tiada esok bagimu, huhu, sadis sungguh.
dah lepas makan sampai kenyang, so, lepak depan tv layan laa cerita cerita hari raya, rasanya, dah lebih 10 tahun dah takdak sarkis waktu raya, waktu aku kecik kecik dulu, aku teringat laaa, time raya jaa mesti ada sarkis, sebut jaa ari raya, pagi raya mesti ada sarkis, aku tak tau laaa apa sinonimnyaa raya dengan sarkis pada waktu tu (rtm taktau nak tayang show apa dah ni), hanya budak budak sama tahun dengan aku saja yang tahu kewujudan sarkis di hari raya waktu dulu dulu.
tema aku tahun ni, baby blue! best sungguh warna ni, aku suka, disertakan gambar gambar beraya dan jugak gambar gambar ber"open house"

gambar raya aku bersama geng geng opis, happy sungguh bang zan beraya

ni masa aku beropen house rumah amet kat sungai petani.
tak cukup dengan beraya di malaysia, mertua aku ajak beraya di thailand pulak, shopping shopping, maklum laa, dah banyak kutip duit raya, nak pulak pi shopping, sempat lagik tu, aku ni dah kopakkk dahh ni, haha, tinggal syilling jerr nieh, berat poket aku dengan syilling
singgah makan daging salai yang famous dekat area ban prik -

towkeh dia tengah buat somtam

antara pilihan daging salai

ayam bakar

sausage

tomyam

keli bakar

somtam

ini hidangan untuk 4 orang, ada satu hidangan lagi kat sebelah, total dalam 8-9 orang, harga, rm60 ja, murah murah dan sedap,

Landmark masuk ke danok thailand
ok, sekarang cerita mengenai open house kat opis, memang menarik, kat bawah ada gambar gambar untuk korang tengok makanan yang sodap dan banyakkkkk sungguh!

gerai kek dan kueh raya

gerai ketupat dan lemang! kuah dia memang superb!

gerai laksa

gerai apa nama ni, err, emmm, lupa, tapi sedap!

lagi gerai kueh raya dan kerepek

ini gerai nasik daging, yang menyediakan nasik daging yang paling famous di pendang, iaitu nasik daging pondok hampar,
memang best dan menarik raya tahun ni, cuma yang tak best kali ni, sebab tak sempat nak beraya dengan saudara sepupu sepapat, rindu kat korang semua,
takpa, raya taun depan mungkin kita dapat berjumpa, moga moga cabutan undi tahun depan aku menang lah, nak beraya kat rumah ibu ku yang tercinta pulak! hehe
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin