GCERT memaklumkan ada pihak pihak yang tidak bertanggung jawab telah merancang untuk menyerang server server kerajaan Malaysia -Domain .gov.my . Serangan tersebut dirancang pada 15-17 Jun. pihak GCERT telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada semua kakitangan IT kerajaan agar memastikan tindakan pengukuhan ke atas server server di agensi seperti :
a) Mengaktifkan intrusion prevention system (IPS) dan membuat pemantauan rapi terhadap aktiviti/trafik rangkaian;
b) Membuat semakan konfigurasi firewall bagi memastikan ianya hanya membenarkan perkhidmatan (port) yang dibenarkan sahaja;
c) Memasang security patch pada semua server & peralatan rangkaian; dan
d) Memastikan perisian antivirus dikemaskini dan diaktifkan.
tak pasti pulak pihak mana yang ingin melakukan serangan tersebut, kalau betul betul nak buat, takkan lah nak heboh kat orang ramai, confirm lah prevention system akan diketatkan, mungkin just kabar angin, tapi kalau serangan dilakukan juga nanti, hebat betul lah mamat mamat tu, mamat mamat tu berjaya menyebabkan staff IT di agensi jadi kelam kabut nak update patch dan configuration semuanya dalam masa 1 hari, hehe, cara yang paling baik ialah, tutup jerr server pada hari tersebut, 3 hari cuti!!!! takpayah kerja, server down, hihihi